FOLLOWERS

Thursday, February 16, 2012

Resepi : Lauk Berkhasiat (Ikan Kukus & Ikan Rebus)

Assalamualaikum

Dekat Malaysia ni, makanan rujinya yang pasti adalah 'nasi'.. Tak pekena nasi sehari, ley menggeletar kot.. Aku ok je, takdelah sampai shaking.. Tapi, ramai kawan-kawan aku time belajar dulu kalau diorang tak jumpa nasi dalam sehari tu mesti menggeletar.. And everyday, bila makan nasi, lauk-pauk sampingannya pastilah yang berlemak-lemak, pastilah yang enak-enak, pastilah yang berminyak-minyak macam nasi lemak, kari ikan, gulai ayam, ayam masak lemak kuning, ayam goreng, ayam masak pedas and macam-macam lagi..

So, why not in one day kita skip or break sekejap daripada makanan berlemak-lemak and yang berminyak-minyak tersebut yang mana boleh menyumbang kepada hypertension, diabetes and lain-lain. Jom, try resepi ikan kukus and ikan rebus yang sangat-sangat senang dekat bawah ni.. Resepi time malas masak, resepi time pantang, resepi time sakit especially kalau time kena ulcer mulut macam aku selalu kena huhu T_T

1) Resepi Ikan Kukus

Resepi ni my mom said, orang banjar selalu buat. Ni nenek aku ajar mama, and my mom perturunkan resepi ni kat anaknya. Sangat mudah and simple



Anda hanya perlukan :

  • pengukus yang dh di panaskan terlebih dahulu
  • pinggan yang tahan panas dan dilapik dengan daun pisang untuk letak ikan and semua bahan-bahan -rujuk gambar (lagi lebar daun pisang tu lagi best coz nanti boleh tutup ikan tu)
  • pastu ikan yang dah dikunyit and digaramkan
  • sebatang serai
  • 5 or 6 biji cili kecik (jgn ditumbuk or dibelah, nak bg wangi)
  • 1 or 2 biji bawang merah - dihiris
  • 1 biji bawang besar -dihiris
  • 1 inci halia -dihiris or ditumbuk
  • garam sedikit (jgn terlalu banyak, dekat ikan tu kan dah bergaram)
  • and lastly perahkan 2 biji limau nipis** or ikutlah level kemasaman yang anda inginkan. 
Lepas tu, letaklah pinggan tu kat tempat pengukus, and tutup rapat-rapat dengan tudung pengukus. Biarkan dia masak dalam 20 - 30 minit. Sambil-sambil tu, bolehlah korang nak sapu sampah ke basuh baju ke jemur baju ke sambil tunggu ikan tu masak. Then, bolehlah angkat and hidangkan.


*****************************


2) Resepi Ikan Rebus

Ikan rebus ni gua guna ikan lampam jawa, so nama resepi ni 'Ikan Lampam Jawa Masam Masin' boleh? Erk? macam pelik je bunyi..



Cara-caranya lebih kurang je macam ikan rebus tadi, tapi ade alteration can some part:

  • Gunalah kuali or periuk atau apa sahaja perkakas yang boleh untuk merebus.
  • Pastu masukkan secawan or 2 cawan air (terpulang, nak kuah banyak, letaklah air banyak) -panaskan
  • Then, ketuk 2 batang serai and masukkan ke dalam kuali or periuk yang berisi air tu
  • Masukkan 1 inci halia -dihiris
  • 1 biji bawang besar -dihiris
  • 1 biji bawang merah -dihiris
  • 5-6 biji cili kecil (jgn ditumbuk, dibelah or dihiris)
  • Sekeping asam keping** (ikut kebesaran and kemasaman)
  • Then, biarkan sekejap pastu masukkan ikan yang dah dikunyit and digaramkan
  • Kalau masin kurang, masukkan sedikit garam ok ;)
  • Biarkan mendidih and agak-agak ikan tu dh masak bolehlah masukkan carrot (dalam setengah batang carrot)
  • Biarkan skejap, and bolehlah angkat and hidangkan untuk mak ayah, suami, bini, and seluruh ahli keluarga anda :)

REMINDER : **(untuk yang berpantang, sila gantikan LIMAU and ASAM KEPING dengan AIR ASAM JAWA sebab limau and asam keping agak TAJAM, tambah-tambah untuk orang bersalin yang kena operate)


************************

Apa advantages kita buat resepi ni?

  • Mudah and simple
  • Makanan sihat, non-oily, non-fat
  • Sangat berguna time berpantang.. Menu bila dah bosan makan ikan gelama and tempe goreng (Coz kalau dalam masyarakat Banjar, kalau berpantang lepas bersalin memang sangat-sangat ketat, banyak peraturan and banyak makanan yang tak boleh dimakan, my mom said and this what happen to my 3 sisters huhu)
  • Protein -from ikan
  • Menghayati rasa ikan sebenar ;p
  • Jimat masa -sambil masak boleh buat kerja rumah lain juga ^^
  • Bahan-bahan yang sangat senang didapati
  • And the best things is, this is the resepi time malas sangat masak

Trylah.. Jumpe lagi di entry akan datang ^_^

Thank you for reading this entry

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...