FOLLOWERS

Friday, May 27, 2011

Adat Perkahwinan Banjar


Assalamualaikum

Ahah! Dah dekat 3 minggu jugak aku menyepi and now tiba-tiba pulak muncul bawak tajuk kawin :D Heheh bukan pe, aku busy dalam 3 minggu ni.. Busy dengan wedding abang aku and busy menyiapkan assignment and presentation aku and Alhamdulillah dah selamat semuanya selesai.. Wedding sebelah perempuan last Sunday 15th May pun dah settle, presentation aku last Thursday 19th of May yang bertajuk Althelmintics: Albendazole (Ubat Cacing :D) pun dah settle and baru-baru ni majlis sambut menantu kat rumah aku ahad tadi 22nd of May pun dah settle.. Amin.. Oh ya! lupa nak kecoh, aku dah cuti sem yeayyyy! ^_^  But it juz a 3 weeks sem break only D': huwargghhh.. And now yeah, aku juga sedang menjadi "ibu" sementara untuk 2 orang anak-anak saudara aku yang comel di mana mereka diletakkan di bawah jagaan parents aku kerana mama and ibunya yang bekerja huhuh (sastera sungguh ayat! fuhhh)

**Cerita di atas adalah selingan and sebagai pembuka kata entry kali ini di mana penulis sudah agak lama menyepi dan ingin bercerita kisah di sebalik penyepian itu hahah :PP **

Ok.. Kali ni aku nak cerita pasal adat perkahwinan masyarakat banjar coz wedding abang aku hari tu ada diselitkan dengan adat perkahwinan banjar ni sebab family kakak ipar aku pun berketurunan banjar.. So, both of our family decide nak selitkan budaya perkahwinan masyarakat banjar ni on their wedding.. So, here i just randomly talk about the tradition a little bit based on my parents story heheh..

Orang banjar dulu2 kan waktu majlis kahwin dekat rumah pengantin perempuan, pengantin lelaki akan bawa barang-barang keperluan asas dapur and yang penting sekali nak bawak adalah buah kelapa tua 2 bijik.. Then, barang2 asas lain macam beras, gula, garam, bawang putih, bawang merah and segala bawang, pastu lauk pauk.. Waktu kawin abang aku tu, mama aku letak sardin dalam tin tu je- 3 tin kecik as ganti untuk lauk-pauk.. Benda2 ni dihias macam hantaran diberi kepada pengantin perempuan..



Benda ni bukan pe, ia sebenarnya macam simbolik permulaan hidup kita sebagai suami isteri.. Kalau orang dulu2 kan susah, yela lepas kahwin hidup berdua, nak sara diri sendiri, nak makan minum semua.. Then, barang2 ni diberi sebagai permulaan hidup diorang berumahtangga.. Isteri masak beras jadi nasi, masak lauk kena letak garam gula, masak air nak minum.. Pastu kelapa tua tu diberi untuk ditanam.. Kat sini ada 2 maksud, yang mana bila pokok kelapa tu dah tumbuh, hasilnya boleh dipetik, dijual, diminum, and dimakan.. Yeah secara tak langsung bley jadi sumber pendapatan untuk suami menyara isteri and bakal anak2 diorang.. Pastu lagi 1 maksud is that usia perkahwinan suami isteri tu sama macam tumbuhnya pokok kelapa tu..



Oh ya, sikit lagi nak terlupa.. Pengantin banjar pun ada bajunya sendiri, ada 4 jenis kalau tak silap.. Gambar kat bawah ni salah 1 jenis baju pengantin banjar, aku tak tau la plak ape name dia.. Kalau tak abang aku nak pakai baju pengantin banjar ni, tapi susah nak cari dekat Malaysia and aku pun tak pernah lagi nampak orang pakai.. So, sebab kesibukan bekerja and tak sempat nak tempah baju macam ni, dia pun sewa je la baju pengantin biasa.. 


Aku pun sebenarnya tertarik sangat dekat baju ni.. Heheh teringin sangat nak pakai baju ni time aku kawin nanti *^_^* (blushing..ngeh3 gatai!) ... Huhuh kena kumpul duit banyak2 la camni coz nak tempah baju camni! I don care, this is my dream wedding dress.. I must wear it on my wedding day :))

tq for read this



10 comments:

+aNa baNana+ said...

wah, albendazole.haha! aku bru je belajar... dah cuti??!!! not fair =( aku exam lagik =(

zetty said...

iya seyh..hahah mesti byk tgk cacing2 kan hiyeeee..

zuhanismohamed said...

omg..tp benda atas kepala tu nampak berat betul..lenguh leher kalo pakai masa bersanding nanti tuh..he he

zetty said...

nak tau berat ke x jom kite try pakai..hahah nnt bersanding bongkok je ngeh3

Si kOtAk HaTi said...

huh....mmg lenguh tengkuk klo pkai bju tu zati..hehe x sggup aku..

zetty said...

kotak hati: hahah xtry xtau :P

Si kOtAk HaTi said...

adeh...xyah try pn dh taw..hehe mesti complicated je..tpi xpe..adat itu penting..lambang jati diri..ye dak?? haha

zetty said...

yeap btol 2 warisan kita :)) ala bley je kalo nak pakai tp oter la yg kat kple 2 jgn besar sgt hahah

Along Putera said...

As Salam..

Warisan peninian harus diharagu.. amun kada urang banjar nang mahargunya sipa lagi nang handak maharagu..

Salam KULAAN dari ulon - AP Anak Banjar Sungai Manik (Pertubuhan Banjar Malaysia buhan Bandar Baru Bangi) Barelaan..

zetty said...

w'slm..

He'eh mendaran tuk..kita juak pang handak mengharaguk warisan kita..amun kada' diharaguk, ya'am pupus leh :)
Berelaan lah, basurah gin kada' pati ruhui..

salam kulaan juga dr saya, cucu+anak banjar asal Bagan Serai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...